Rabu, 26 Oktober 2016

MENGENAL SEJATINYA RUH


Ada kalangan ahli MA'RIFAT menegaskan bahwa AKU itu adalah RUH.
Dengan Artikata lain maka yang sebenar-benar Diri itu adalah RUH yang tiada kaitannya dengan RABBUL IZZATI walaupun RUH itu adalah urusan-Nya dan tajalli-Nya.
Ibarat RUH itu setitik air dan lautan itu adalah RABBUL IZZATI . Setitik air itu berasal dari lautan dan kembali jua kepada lautan.
Seorang yang mengenal dirinya berarti mengenal RUH lantas RUH itulah pula yang kembali kepada ALLAH serta mengenal ALLAH, bukan badan wadaknya yang akan kiamat dan musnah.

Pendapat ini memang ada benarnya dari sudut yang mereka faham dan lihat. Namun bagi para ahli sufi yang berfahaman WAHDATUL WUJUD dan WUJUDIAH, mereka berpandangan lebih dalam lagi dan lebih jauh dari apa yang dikatakan pada awal tadi.

Sebagaimana kefahaman sufi besar Syekh Abdul Karim al-Jili, penulis kitab termasyhur Insan Al-Kamil, beliau lebih cenderung memandang kepada WUJUD MUTLAK sebagai Yang QADIM daripada memandang YANG LAIN sebagai yang HUDUS.
Justeru itu beliau berpendapat, rumusan seperti tentang HAKIKAT MUHADIYAH atau RUH MUHAMMAD itu yang menjadi titik-tolak sumber segala kejadian adalah sebenarnya tidak QADIM dan merupakan yang baru.

Ini berbeda dengan pendapat Syekh Ibnu Arabi yang mengatakan HAKIKAT MUHAMMADIYAH atau RUH MUHAMMAD itu antara yang QADIM dan yang bukan QADIM, maka dengan itu dikatakan sebagai MUMKINUL WUJUD.
Dikatakan QADIM ketika HAKIKAT MUHAMMADIYAH atau RUH MUHAMMAD itu berada di dalam Aspek Ketuhanan, tidak dikatakan QADIM pula apabila ianya di dalam aspek kemakhlukan.

Namun Mansur Al-Hallaj, orang pertama yang mengasaskan gagasan HAKIKAT MUHAMMADIYAH atau RUH MUHAMMAD itu mengatakan adalah semata-mata QADIM dan tidak lain dari Kunhi DZAT itu sendiri. Lantaran itulah mengapa Al-Hallaj dihukum atas pengisytiharan dirinya adalah ANA AL-HAQ.

Syekh Abdul Karim al-Jili mengatakan bahwa HAKIKAT MUHAMMADIYAH atau RUH MUHAMMAD itu tidak QADIM kerana beliau berpandangan WUJUD yang sebenarnya ada ialah hanya satu saja Yaitu WUJUD ALLAH.

Dengan itu ahli sufi lebih memfokuskan pandangan mereka tentang WUJUD saja dan siapakah sebenarnya yang WUJUD, tidak lagi memperdulikan aspek-aspek yang lain seperti QALBU, RUH, NUR, Rahasia Insan dan seluruh Alam Semesta. Apabila mereka TENGGELAM di dalam WUJUD MURNI, di sana tidak ada HAMBA dan TUHAN, malah yang dikatakan TUHAN sendiri dan disembah oleh setiap makhluk pun tidak ada, maka yang sebenarnya ada hanya WUJUD ALLAH yakni DIA Yang Maha Ghaib yang memuji dan mengagungkan Diri-Nya sendiri.

Lantaran itu sesetengah ahli sufi yang arifbillah berpegang teguh kepada sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa yang mengenal dirinya, kenallah ia akan Allah".
Justeru itu pada hakikatnya mengenal diri itu sebenarnya adalah mengenal ALLAH, bukan sebagaimana mengenal diri itu adalah semata-mata mengenal diri.
Diri yang sebenar-benarnya Diri itu tidak lain adalah ALLAH semata-mata, bukan QALBU, bukan RUH, bukan NUR dan juga bukan SIRR.
Maka di sini timbul pertanyaan, siapakah pula AKU dalam diri manusia itu? Adakah ianya RUH, QALBU, SIRR atau yang sewaktu dengannya?
AKU itulah yang hidup dan wujud di dalam diri manusia.
AKU itu Esa dan sebenarnya bukan bertempat yakni tidak di dalam manusia atau di luar manusia dan tidak pula berpisahan dengan manusia, tetapi AKU meliputi diri manusia itu. Maksud meliputi di sini ialah kebersamaan AKU pada diri manusia. Jika AKU tidak bersama manusia, maka bagaimanakah AKU dapat dikenal? Siapakah AKU? Yang mengaku "aku si orang kaya, aku si orang alim, aku si cantik, aku yang punya keturunan dan ‘aku..., aku..... aku seterusnya...."
itu semua bukanlah Diri Yang HAKIKI dan AKU Yang Mutlak, melainkan itu semua adalah gambaran-gambaran yang muncul di Alam Mitsal saja, ibarat buih-buih ombak di atas permukaan lautan, apabila hilangnya buih-buih ombak itu maka jelaslah rata-rata akan lautan yang sebenarnya.
Adanya AKU dan KEAKUAN itu disebabkan kesan dari perlimpahan SIFATKu yang banyak dan berbeda-beda supaya mengenali AKU.
AKU adalah zahirnya DIA dan DIA adalah batinnya AKU. AKU adalah Diri yang sebenar-benar Diri. RUHKU itu bukan AKU tetapi adalah Cermin HAYATKU. Dengan RUHKU itulah maka dapat menghidupkan dan menggerakkan semua makhlukKu.
Dalam RUHKU itulah AKU melihat DIRIKU di luar Diri. AKU hanya dapat melihat KesempurnaanKu hanya dalam RUHKU yang Kuhembuskan dalam JASAD manusia. Manusia itulah BayanganKu di dunia ini dan dialah KhalifahKu.
Justeru itu hanya manusia yang boleh mengenal AKU dengan sempurna sebagaimana AKU patut dikenali, manakala makhluk-makhluk lain hatta para malaikat sekalipun hanya boleh mengenali AKU setakat mana mereka mampu mengenal diri mereka sendiri. Tetapi RUHKU itu terlalu hampir dengan AKU. Hampirnya RUHKU dengan AKU adalah SEWUJUD, maka tiada yang WUJUD kecuali AKU. Ibarat orang yang memandang cermin, dalam cermin terbayang Wajah, itulah WajahKu. Saat WajahKu memandangku kembali dan berkata-kata kepadaKu, sesungguhnya pandangannya itu dan kata-katanya itu adalah pandanganKu dan kata-kataKu jua. Pada zahirnya tampak dua tetapi hakikatnya satu. Yang Satu itulah JAUHAR yang menzahirkan yang banyak tetapi tidak merubah hakikat Yang Satu itu. AKU bukan RUH, bukan yang ada di dalam cermin, cermin itu kosong semata-mata! AKU adalah ANA Al-HAQ! KesempurnaanKu terwujud pada manusia menurut citraKu. Jika hendak melihat bagaimanakah AKU, lihatlah pada wajah manusia yang sedang tersenyum, di situlah AKU sebegitu terang dalam makrifatmu!

Foto

Tidak ada komentar:

Posting Komentar